[VIDEO] Tindakan Pantas Lelaki & Polis Halang ‘Pothole’ Di Jalan Raya Raih Pujian Ramai

Terima kasih bang!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kes melibatkan kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh lubang-lubang di atas jalan

Sudah tentu ini perkara yang membimbangkan kerana boleh meragut nyawa tidak kira sesiapa sahaja yang melaluinya.

Sebaiknya kita melaporkan pada pihak berkuasa jika ternampak kejadian seperti ini.

Seperti video di TikTok yang memaparkan tindakan seorang lelaki melaporkan jalan berlubang ketika melalui jalan raya yang mendapat pujian ramai.

Terkejut tengok pothole sangat dalam, terus panggil polis dan buat aduan

Menerusi video di akaun TikTok @driving4dummies, kelihatan seorang lelaki ketika itu sedang menunggang motosikal di sebuah kawasan sebelum dia melihat ada lubang di atas jalan raya.

Dia kemudian memberhentikan motosikalnya di tepi jalan untuk melihat lubang tersebut dan dia begitu terkejut apabila mendapati ia adalah lubang yang sangat dalam.

"Ada pothole yang sangat dalam, dah macam sarang. Ini memang bahaya lagi-lagi kalau hujan lebat," katanya.

Namun, ketika dia sedang memeriksa lubang berkenaan, datang seorang polis trafik dan lelaki itu terus memanggilnya untuk melaporkan perkara tersebut. Lubang itu akhirnya ditutupi buat sementara waktu menggunakan kon agar pengguna jalan raya lain tidak melanggarnya.

Lelaki itu juga berkongsi ada membuat aduan di aplikasi My Jalan KKR untuk melaporkan tentang pothole tersebut.

Sementara itu, netizen juga memuji tindakan pantasnya yang dapat menyelamatkan ramai pengguna jalan raya di situ.

Lihat video di bawah:

@driving4dummies

Tengah ride, ternampak lubang bahaya. Berhenti kejap nak ambil gambar, tiba tiba abang polis datang. Terus dia letak kon untuk alert pengguna lain supaya tak terlanggar hidden pothole tu. Moment simple tapi bermakna bagi saya, rakyat dan polis sama sama jaga keselamatan jalan raya. Loooove!

Sailor Song – Gigi Perez

Terus laporkan kalau korang nampak ada jalan berlubang ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: