[VIDEO] Terserempak Dengan Harimau, Anggota PERHILITAN Sempat Rakam Detik Cemas

Seram 😮

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak Perak berhadapan detik cemas terserempak dengan seekor harimau belang di Chemor, Perak

Sebuah rakaman insiden tersebut telah tular di media sosial memaparkan beberapa anggota berhadapan dengan haiwan mamalia berkenaan.

"Ada harimau, jaga-jaga, masuk kereta cepat. Jaga-jaga, undur, ambil kayu," jerit seorang anggota kepada rakannya yang tidak kelihatan dalam rakaman itu.

Usaha anggota berkenaan untuk menakutkan harimau belang itu menggunakan kayu tidak berjaya apabila haiwan terbabit dilihat masih bergerak merapati mereka.

"Rimau, rimau (harimau), cepat naik kereta, masuk dulu!" kedengaran suara lain mencelah.

SAYS.com
Image via TikTok

Kesemua individu dilaporkan selamat

Menerusi laporan Buletin TV3, kesemua individu difahamkan berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kejadian dipercayai dirakam ketika pasukan itu melakukan pemantauan susulan aduan mengenai kehadiran haiwan pemangsa terbabit di sebuah kebun durian di Bukit Kinding, Chemor, pada 11 Januari lalu.

Harimau belang yang dirakam dalam video tular itu dipercayai haiwan sama yang kemudiannya berjaya masuk ke dalam perangkap dipasang PERHILITAN di kawasan Bukit Kinding.

Mamalia berusia sekitar dua tahun dan seberat 75 kilogram (kg) itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan fizikal, sebelum dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk tindakan lanjut.

Lihat video tersebut di bawah:

@ilmi.narawi

situasi sebenar terserempak harimau belang

♬ original sound – Ilmi Narawi – Ilmi Narawi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: