[VIDEO] Terpaksa Tahan Sakit, Lelaki Dakwa Ibu Dilayan Teruk Ketika Di Hospital Jempol
Difahamkan, dakwaan mengenai Hospital Jempol itu kini berada dalam siasatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular selepas seorang individu mendakwa ibunya dilayan teruk oleh pihak Hospital Jempol, Negeri Sembilan
Di dalam video tersebut, lelaki berkenaan memberitahu pada awalnya ibunya telah dihantar ke Hospital Jempol pada 2 April lalu kerana ibunya mengadu sakit pada bahagian dada.
Malah, setibanya di hospital tersebut dia mendakwa ibunya perlu mengambil masa selama empat jam sebelum diberikan wad untuk rawatan lanjut di hospital itu.
Sebaik sahaja jumpa doktor, ibunya disahkan dijangkiti Covid-19. Dia sebelum itu mengalami demam pada 4 April dan diambil sampel darah.
Namun, oleh kerana dia dan ibunya mendakwa telah menerima layanan yang teruk daripada pihak hospital sehingga menyebabkan tangan ibunya bengkak kerana menahan sakit.
Oleh kerana itu, dia nekad membawa keluar ibunya daripada hospital selepas beberapa hari menerima rawatan di situ.
Menurutnya, dia juga mengambil keputusan tersebut kerana bimbang dengan maklumat 'buruk' yang didengar di hospital berkenaan termasuklah kemungkinan boleh ditidurkan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit memberitahu kesemua maklumat dan bukti telah pun disalurkan melalui aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
Siasatan terperinci dijalankan selepas tular mengenai dakwaan tersebut
Dalam pada itu, menerusi laporan Kosmo, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) memberitahu akan menjalankan siasiatan terperinci mengenai dakwaan lelaki tersebut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.
Pengarahnya, Dr Zuraida Mohamed berkata, satu Jawatankuasa Siasatan Bebas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan tersebut.
"Siasatan merangkumi pelbagai aspek bagi mengenalpasti samada ianya (dakwaan) berasas atau tidak. Isu atau kelemahan berbangkit serta penambahbaikan yang perlu dijalankan oleh Hospital Jempol juga akan dikenalpasti," katanya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 