[VIDEO] “Terima Kasih Orang Baik!’ – Driver Lori Bantu Angkut Rider Redah Banjir Di Johor
Difahamkan, situasi itu dirakam berhampiran kawasan Pasar Borong Pandan, Johor Bahru.
Cover image via @z_mani0 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini rakaman sebuah lori membawa penunggang-penunggang motosikal meredah banjir di Johor Bahru
Menerusi video perkongsian @z_mani0 di TikTok, sebuah lori dilihat membantu penunggang-penunggang motosikal yang tersangkut disebabkan banjir dengan membawa mereka bersama motosikal masing-masing meredah banjir.
Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana reaksi penunggang-penunggang motosikal tersebut kelihatan gembira walaupun sedang menghadapi musibah banjir.
Image via TikTok
Seperti perarakan di Hari Kebangsaan
Hasil tinjauan di bahagian komen mendapati rata-rata netizen memuji tindakan pemandu lori dan mengucapkan terima kasih padanya kerana tindakannya telah membantu ramai penunggang motosikal.
Tidak kurang juga komen yang terhibur dengan gelagat penunggang-penunggang motosikal tersebut yang dilihat seperti berada dalam perarakan di Hari Kebangsaan.
Image via TikTok
Image via TikTok
Lihat video berkenaan di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


