[VIDEO] Staf Pusat Karaoke Maut Kena Tikam & Belasah Selepas Permintaan Lanjutan Masa Yang Didakwa Ditolak
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Cover image via RedditFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai ditikam dan dipukul hingga mati dalam pergaduhan di sebuah pusat karaoke di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad, 23 November
Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Azahar Abdul Rahman berkata lelaki terbabit telah meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.
"Kami percaya pergaduhan itu melibatkan 10 hingga 12 lelaki dan salah seorang daripada mereka menikam mangsa," katanya.
Polis sedang menyiasat rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek dan punca kejadian.

Pergaduhan dipercayai bermula selepas seorang suspek meminta lanjutan masa sekitar jam 4.29 pagi
Menurut laporan China Press, pekerja premis itu didakwa menolak permintaan salah seorang suspek kerana individu itu mempunyai bil tertunggak yang belum diselesaikan.
Video rakaman litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit yang tersebar di Reddit menunjukkan mangsa, yang berpakaian gelap, diserang ketika kerusi dan kotak dibaling ke arahnya.
Mangsa kelihatan memegang dadanya selepas pergaduhan itu, seolah-olah kesakitan, tetapi masih berdiri selama kira-kira 30 saat sebelum rebah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



