[VIDEO] Spesies ‘Rare’ Ikan Lumba-Lumba Merah Jambu Ditemui Di Pelabuhan Klang

Nak jumpa dolphin live kat laut pun susah inikan pula yang warna pink :O

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekawan ikan lumba-lumba baru-baru ini ditemui berenang di perairan Pelabuhan Klang

Apa yang menarik adalah penemuan itu melibatkan spesies yang istimewa iaitu ikan lumba-lumba humpback Indo-Pasifik berwarna merah jambu yang jarang ditemui.

Menerusi video perkongsian Royal Selangor Yacht Club, beberapa ikan lumba-lumba didapati sedang berenang di perairan pantai, dengan seekor daripadanya jelas melihatkan tubuh warna merah jambu yang menjadi identiti spesies berkenaan.

SAYS.com
Image via @royalselangoryachtclub (Instagram)

Spesies ini biasa ditemui di perairan pantai di seluruh rantau Indo-Pasifik tetapi jarang ditemui muncul sedekat di kawasan pelabuhan yang sibuk

Kawanan ikan lumba-lumba sebelum ini telah dilihat di tempat-tempat seperti Pulau Langkawi dan Pulau Tioman beberapa kali.

Hidupan marin lain, termasuk paus sirip pendek dan orca, juga telah muncul di lokasi seperti Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

SAYS.com

Ikan lumba-lumba humpback Indo-Pasifik. Gambar sekadar hiasan.

Image via IUCN

Dalam hantarannya, Royal Selangor Yacht Club mengingatkan perairan di sekitar Pelabuhan Klang bukan semata-mata untuk aktiviti pelayaran

"Sebagai ahli Royal Selangor Yacht Club, kita berkongsi perairan ini dengan hidupan marin yang luar biasa," tulisnya.

Mereka juga menekankan kepentingan melindungi ekosistem marin, dengan menyatakan bahawa ahlinya kerap mengambil bahagian dalam usaha pembersihan sungai dan pantai di sekitar Pelabuhan Klang, termasuk membersihkan serpihan bawa keluar daripada laluan air dan kawasan bakau.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: