[VIDEO] Siapa Sangka, Ada Food Court Tersembunyi Bawah Jambatan Highway Di PJ

Kena try pergi ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @dixonthum (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah medan selera tular baru-baru ini di laman sosial disebabkan kedudukannya yang tersembunyi dan tidak ramai tahu akan kewujudannya

Perkara itu dikongsi @dixonthum menerusi sebuah hantarannya di Instagram menunjukkan arah jalan untuk pergi ke medan selera tersembunyi tersebut.

"Jumpa hidden gem untuk port makanan Melayu lokal di Petaling Jaya, kawan recommend kat saya," tulisnya pada kapsyen.

Menurut lelaki itu, medan selera terbabit terletak berhampiran kawasan bangunan Pinnacle atau Sheraton di Petaling Jaya.

Mereka yang mahu datang ke lokasi berkenaan perlu melalui lorong kecil di sebelah permulaan jambatan berkenaan untuk memasuki salah satu pintu masuk.

SAYS.com
Image via @dixonthum (Instagram)
SAYS.com
Image via @dixonthum (Instagram)

Keselamatan medan selera yang terjamin di mana operasi dijalankan secara sah

Menerusi tinjaun di bahagian komen, salah seorang pengusaha di medan selera tersebut mengucapkan terima kasih atas perkongsian lelaki itu.

Dia turut memaklumkan orang ramai tak perlu risau akan keselamatan kerana premis tersebut disahkan beroperasi dengan lesen dan permit di samping kebersihan yang sentiasa terjaga di kawasan berkenaan.

"Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa medan selera ini adalah tempat yang selamat, bersih dan hygienic serta kami sentiasa mengutamakan kebersihan dan kualiti makanan.

"Bagi mereka yang bertanya tentang pelesenan, medan selera ini disewa secara sah dan beroperasi dengan permit yang sah," katanya.

Dalam sebuah lagi hantaran terbaru lelaki itu, dia berkongsi sebuah lagi jalan masuk untuk ke medan selera tersembunyi terbabit.

Lihat video-video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: