[VIDEO] “Tolong Keluarga Sendiri Dulu, Baru Tolong Orang Lain” – Pesanan Akhir Abam Bocey
Baik sungguh hati insan ini.
Cover image via Instagram @ebitlewPemergian seorang insan mulia, Abam Bocey pada 10 Februari yang lalu benar-benar memberi kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia
Image via ISMAWeb
Buktinya, walaupun sudah hampir dua hari kita kehilangan Abam, segala perbuatan dan budi baik yang pernah dilakukan tidak berhenti dibicarakan oleh orang ramai.
Malah, pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew turut berkongsi sebuah klip video pendek di mana dia menemubual pernah arwah Abam dalam sebuah program. Paling menyedihkan, dalam rakaman video tersebut arwah telah dilontarkan soalan tentang apa perkara atau mesej terakhir yang ingin disampaikan jika hari ini merupakan hari terakhir Abam.
Jawapan arwah benar-benar menyentuh hati setiap orang.
Perkongsian video pendek tersebut telah dikongsikan di laman Instagram milik Ebit Lew sendiri dan berjaya meraih lebih 430 ribu tontonan ketika artikel ini ditulis
Allahu, sebak sungguh bila mendengar jawapan yang diberikan. Benar-benar menusuk kalbu setiap orang yang mendengar.

