[VIDEO] Lihat Bagaimana Satria “Panjat” Myvi Bila Nak Cilok Tapi Tak Lepas
Nak potong tu lain kali tengok dulu.
Cover image via SAYS via Facebook Info Roadblock JPJ/PolisViral di media sosial baru-baru ini satu video rakaman dashcam menunjukkan sebuah kereta Proton Satria berlanggar dengan Perodua Myvi yang turut membabitkan sebuah lagi kenderaan yang lain
Kejadian itu berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Taman Megah menghala ke Damansara.
Pemandu kereta Satria itu dikatakan bertindak untuk memotong kereta Myvi yang berhenti di depannya.
Image via Info Roadblock JPJ/Polis / Facebook
Tindakannya itu mengundang padah apabila keretanya hampir terbalik ke lorong kanan tetapi berlanggar pula dengan sebuah kereta lagi di lorong berkenaan yang tidak sempat mengelak
Selepas pelanggaran terbabit, kereta Satria itu kembali ke kedudukan normal.
Image via Info Roadblock JPJ/Polis / Facebook
Image via Info Roadblock JPJ/Polis / Facebook
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.
Berdasarkan video, kesemua kereta yang terlibat berhenti di tepi jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut
Image via Info Roadblock JPJ/Polis / Facebook
Di media sosial, netizen juga tidak menyangkal bahawa ada kemungkinan pemandu terbabit terlalu leka dan akhirnya telah menyebabkan kemalangan
Para pengguna jalan raya diingatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu, bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Image via info Roadblock JPJ/Polis / Facebook
Image via Info Roadblock JPJ/Polis / Facebook

