[VIDEO] Rider Hampir Maut Layang-Layang Terputus Talinya ‘Jerat’ Leher Atas Motosikal

Layang-layang tersebut disyaki telah diterbangkan sehingga masuk ke kawasan lebuh raya MRR2.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @badarul7366 (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penunggang motosikal dedah kejadian ngeri yang dihadapi apabila lehernya terjerat dengan tali layang-layang dari Taman Tasik Metropolitan, Kepong

Menerusi video perkongsian @badarul7366 di Threads, penunggang motosikal itu memaklumkan dia bernasib baik apabila bahagian lehernya telah dilindungi dengan kain sebelum kejadian terbabit berlaku.

"Sekarang ada dekat Taman Tasik Metropolitan, Kepong, Layang-layang sampai seberang jalan raya besar ni,

"Yang lagi sakitnya nilah, ini nasib baik pakai kain, kalau tak pakai kain habis ni dah putus ni, habis berbelit tali kat sini," katanya.

SAYS.com
Image via ThreadsImage via

Memohon pihak berkuasa lakukan tindakan sewajarnya

Tambah lelaki itu, insiden terbabit perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak berkuasa kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

"Habis koyak, baju, koyak, beg pun boleh koyak asbab kena tali layang-layang yang masuk dari taman layang-layang.

"Jadi saya minta kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan, terima kasih," katanya.

Lihat video tersebut di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: