[VIDEO] Ride Fun Fair Patah Dua Atas Udara Masa Beroperasi, 23 Orang Cedera & 4 Parah

Permainan tersebut menghayun-hayunkan penunggang dan berpusing 360 darjah sebeluh secara tiba-tiba patah di tengah udara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via East2West
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permainan di sebuah taman tema secara tiba-tiba rosak dan patah dua di udara menyebabkan sekurang-kurang 23 orang cedera dengan empat daripadanya parah

Menerusi laporan The Straits Times, kejadian berlaku di Green Mountain Park di Taif, Arab Saudi pada 30 Julai lalu.

Sebuah rakaman insiden terbabit telah tular di media sosial memaparkan permainan yang dipanggil "360 Degrees" itu patah dua secara tiba-tiba dengan bahagian bulatan yang dinaiki penunggang jatuh dalam beberapa meter ke bawah.

Stesen TV Saudi, Al Arabiya TV melaporkan seramai 23 orang telah cedera dalam insiden berkenaan dengan empat daripadanya dilaporkan parah.

SAYS.com
Image via East2WestImage via

Taman tema tersebut kini ditutup

Taman tema yang terletak di kawasan barat daya Arab Saudi tersebut turut dilaporkan sudah ditutup serta-merta bagi memberi ruang penyiasatan dijalankan.

Menerusi rakaman yang tular tersebut, kedengan suara jeritan penunggang dapat didengari sejurus permainan itu patah dan jatuh ke tanah.

Menurut beberpa saksi, mereka melihat penunggang tetap cedera walaupun mereka mengikat tali keledar di tempat duduk, di samping tiang bahagian tengah dilihat seperti menghentam beberapa penunggang.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: