[VIDEO] Rezeki 'Rider' Jumpa Not RM50 Berjumlah RM1,000 Bertaburan Di Highway LPT Gambang
Terima kasih orang baik.
Cover image via @ajiq.jer (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penunggang motosikal menemui wang tunai bernilai hampir Rm1,000 bertaburan di atas Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang baru-baru ini
Menerusi sebuah hantaran @ajiq.jer di TikTok, dia berkongsi video rakaman bagaimana dia menemui sejumlah wang tunai yang dikatakan bernilai hampir RM1,000 di Lebuhraya LPT di Gambang.
Menurutnya, melihat kepada duit yang berterbangan selepas seorang penunggang motosikal jenis Yamaha R25 memotongnya, dia percaya individu tersebut merupakan pemilik kepada wang berkenaan.
"Apalah dugaan owner ni sampai terbang duit ya dekat RM1,000 pula tu, nak kejar tak dapat dia dah laju terus naik r25," tulisnya.
Bukan sahaja wang tunai, malah dompet pemilik juga ditemui tercicir
Menerusi sebuah lagi video hantarannya, pemuda terbabit turut menemui dompet pemilik selepas mengutip kepingan-kepingan duit yang ditemui itu.
"Ada yang kenal tak geng nama brader ni? Dompet dia terbang, duit dia aku dah kutip semua, betul-betul lepas keluar exit Gambang tadi.
"Dia laju sini tadi lepastu habis dompet dia terbang. Ni duit dia semualah aku kutip balik tadi kat tengah-tengah tu, kalau kenal info geng," katanya.
Berjaya jumpa pemilik dompet dan pulangkan kembali wang tersebut
Dalam hantaran terbarunya di TikTok, pemuda itu bercerita lebih terperinci lagi bagaimana dia menemui wang tunai berkenaan.
Dia kemudiannya memberitahu berjaya menghubungi pemilik dompet tersebut dan akhirnya dapat berjumpa memulangkan kembali barangannya.
Image via TikTok
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

