[VIDEO] Rantai Motosikal Putus Tiba-Tiba, Remaja Kemalangan Ini Kongsi Detik Cemas
Fuh, seram pula kita tengok.
Cover image via @amcaazarol (TikTok)Kegilaan remaja zaman kini dalam bidang permotoran sering mendapat perhatian
Ramai ikon permotoran yang menjadi idola anak muda dalam bidang permotoran seperti Hafiz Syahrin dan Zamri Baba.
Baru-baru ini tular satu video berkenaan seorang remaja yang berkongsi detik-detik cemas di atas jalan raya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu bawah:
Rantai motosikal putus tiba-tiba di selekoh highway
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @amcaazarol di tiktok, dilihat aksi seorang remaja yang berkongsi video detik-detik cemas ketika berada di selekoh jalan raya.
Jelasnya, ketika itu dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan rakannya di Bukit Bintang melalui jalan susur keluar SUKE highway.
Secara tiba-tiba, rantai motosikalnya terputus di selekoh jalan dan menyebabkan kemalangan kecil.
Image via @amcaazarol (TikTok)
Image via @amcaazarol (TikTok)
"Rantai 415 dah 2 kali aku pakai putus. Baik 428 la lagi elok" – Netizen
Susulan tularnya video yang kini telah meraih 771K tontonan, 82K tanda suka dan 6K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi nasihat dan tips penggunaan rantai motosikal yang sesuai.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Tiktok:
Image via @amcaazarol (TikTok)
Image via @amcaazarol (TikTok)
Image via @amcaazarol (TikTok)
Min pula yang meremang tengok video ni, nasib baik tak teruk :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

