[VIDEO] Rakyat Dunia Berhimpun Protes Tindakan Israel Halang Konvoi Kapal Global Sumud Flotilla

Protes ini turut melibatkan beberapa kawasan di bandar-bandar utama di Eropah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Susulan pintasan Israel terhadap konvoi Global Sumud Flotilla (GSF), orang ramai di seluruh dunia bertindak melakukan protes sekitar bandar-bandar utama di Eropah

Menerusi laporan TRT World, ratusan individu telah berkumpul di luar konsulat Amerika Syarikat (AS) di Istanbul untuk membantah serangan Israel terhadap GSF yang menuju ke Gaza.

Penunjuk perasaan dilihat melaungkan slogan, berdoa untuk rakyat Palestin di Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersuara menentang apa yang mereka sifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Di Rom, ratusan penunjuk perasaan termasuk kumpulan pelajar dan ahli kesatuan akar umbi, berkumpul di Piazza dei Cinquecento di hadapan Stesen Termini.

Peserta telah menyekat lalu lintas sambil melaungkan "Mari kita sekat segala-galanya untuk Flotilla dan untuk Palestin."

Polis bertindak menutup stesen metro dan menyekat akses ke terminal. Penganjur memaklumkan, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan merancang untuk berarak ke arah Piazza Barberini.

Kesatuan sekerja Itali, Unione Sindacale di Base (USB) dan Confederazione Generale Italiana del Lavoro (CGIL), mengumumkan mogok di seluruh negara pada 3 Oktober sebagai tindak balas kepada insiden itu.

Di Barcelona, ​​ratusan individu turut berhimpun di luar konsulat Israel untuk mengecam pemintasan dan menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Demonstrasi yang sama berlaku di Berlin di mana berpuluh-puluh individu berkumpul di Stesen Central dan di Brussels di mana penunjuk perasaan berarak dari Place de la Bourse ke Kementerian Luar Belgium.

Aktivis di London juga telah mengumumkan rancangan untuk protes pada Khamis.

Lihat rakaman protes di lokasi seluruh dunia yang lain di bawah:

Dalam pada itu, Presiden Colombia telah mengusir semua diplomat Israel yang masih berada di negara itu

Tindakan itu dilakukan Presiden Colombia, Gustavo Petro selepas Israel memintas flotila bantuan menuju Gaza dan menahan dua aktivis wanita dari Colombia.

Menerusi laporan Harian Metro, dua aktivis tersebut ialah Manuela Bedoya dan Luna Barreto di mana kedua-dua mereka telah ditahan tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa. Pejabat Petro dalam sebuah kenyataan turut menuntut pembebasan segera kedua-dua aktivis berkenaan.

Menurut sumber di konsulat Israel di Bogota, walaupun Petro memutuskan hubungan dengan Israel tahun lalu, empat diplomat masih kekal ditempatkan di Bogotá.

Petro menyifatkan tindakan Israel itu sebagai jenayah antarabangsa baharu oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Petro turut menamatkan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel yang sudah berkuat kuasa sejak 2020.

Sebelum ini, beliau lantang mengkritik Netanyahu sebagai pembunuh beramai-ramai dan turut mengecam Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

SAYS.com

Presiden Colombia, Gustavo Petro.

Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: