[VIDEO] Polis Dedah Modus Operandi Baru Scammer, Guna Taktik Silent Call Untuk ‘Curi’ Suara
Angkat call jawab guna suara Mickey Mouse terus!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernahkah anda mendapat panggilan daripada nombor tidak dikenali yang apabila diangkat tiada individu membalas percakapan?
Panggilan ini digelar sebagai "Silent Call" atau panggilan senyap yang merupakan antara taktik terbaharu digunakan sindiket scammer.
Menerusi perkongsian @polis_kl dalam video mereka di TikTok, modus operandi ini dilakukan dengan merekod suara penerima panggilan yang pasti tertanya-tanya mengapa tiada siapa yang menyahut pertanyaan.
"Banyak orang dapat panggilan tiba-tiba dia senyap, dia akan hello-hello, siapa ni, cakaplah, jadi dalam waktu kita cakap tu, sindiket ini ada device yang rekod kita punya suara yang hanya perlukan minimum 3 hingga 5 saat untuk dia boleh tiru.
"Melalui apa yang kita cakap dia akan buat ayat, contohnya sindiket ini boleh buat panggilan kepada individu seperti ibu bapa kita untuk melakukan penipuan dengan menggunakan suara mangsa," katanya.
Tambah pegawai yang berkongsi perkara tersebut, penipuan ini juga dijalankan dengan bantuan teknologi AI yang banyak digunakan sekarang.

Apa yang perlu dibuat kalau terima panggilan ini?
Jika anda sedar terdapat nombor yang tidak dikenali cuba membuat panggilan, perkara pertama perlu dilakukan adalah senyap dahulu dan tunggu respon pemanggil sebaik sahaja panggilan diangkat.
"First kalau kenalan kita mesti kita ada save contact, selain daripada itu nombor yang tidak dikenalilah, so mula-mula kita kena jangan bersuara dulu.
"Biar dia cakap, dengar, kalau orang yang betul-betul cari kita dia akan tanya dahulu tujuan memanggil, lepastu baru kita jawab," jelasnya.
Tambah pegawai itu, apabila scammer dapat meniru suara dan dapat contact kenalan mangsa, penipuan mungkin akan dikenakan terhadap mereka pula dengan menggunakan suara itu seperti permintaan menekan satu pautan yang berbahaya.
Lihat video-video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 