[VIDEO] Pergi Kelas Ingat Dapat Markah ‘Carrymarks’ Tapi Rupa-Rupanya Sir Bagi Kupon KFC
Boleh beli banyak makanan.
Cover image via @3hpan (TikTok)Sudah semestinya rutin pelajar universiti akan bangun awal untuk bersiap cantik dan kemas sebelum ke kelas
Tambahan pula, tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekelas dan meluangkan masa bersama serta mempelajari subjek yang diambil.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan pelajar sedang belajar dalam kelas telah meraih tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bagi kupon KFC kepada pelajar-pelajar ketika kelas
Menerusi video yang dimuat naik oleh @3hpan di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam seorang lelaki berkopiah hitam sedang mengagihkan kupon.
Difahamkan, itu adalah pensyarahnya yang sedang memberi kupon KFC kepada pelajar-pelajarnya di sebuah universiti awam pada hari Jumaat ketika kelas.
Image via @3hpan (TikTok)
"Sama macam cikgu kami haha" – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 56.7K views, 3,392 likes dan 25 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan ini dan ada juga yang mengenali lecturer ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @3hpan (TikTok)
Image via @3hpan (TikTok)
Image via @3hpan (TikTok)
Image via @3hpan (TikTok)
Wow admin pun nak juga kupon! 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

