[VIDEO] Penyu Diganggu, Dipegang & Dipijak Oleh Pelancong Di Pulau Redang

Haiwan tersebut turut dilihat didera apabila dicengkam lehernya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TRACC Borneo
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelancong di Pulau Redang telah mencetuskan kemarahan ramai selepas muncul video menunjukkan dia menyentuh, memegang dan juga memijak penyu semasa melakukan aktiviti snorkeling

Video rakaman terbabit yang pada mulanya dikongsi di aplikasi media sosial China Xiaohongshu, menunjukkan lelaki itu dan beberapa orang yang lain mengganggu penyu itu manakala mereka yang lain dilihat merakamkan tindakan berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, pemandu pelancong yang dilaporkan berasal dari pusat peranginan berhampiran dikatakan turut telah mencengkam leher seekor penyu.

SAYS.com
Image via TRACC Borneo

Insiden berlaku berhampiran Teluk Dalam dan aduan rasmi telah dibuat kepada pihak berkuasa

Kumpulan itu dipercayai menginap di sebuah resort di pulau tersebut, dan pemandu pelancong berkenaan dikatakan telah menggalakkan tingkah laku terbabit.

Kumpulan pemuliharaan marin, Tropical Research and Conservation Centre (TRACC Borneo) mengecam aksi tersebut, menyifatkannya sebagai satu bentuk penderaan haiwan dan menggesa penguatkuasaan lebih kuat untuk melindungi hidupan marin Malaysia.

"Dari sudut pandangan peribadi, saya mempersoalkan berapa kerap perkara ini perlu berlaku untuk dianggap sebagai 'insiden' dan di peringkat manakah kita melihat masalah yang sistematik terus berlaku," kata Robin Philippo, pengarah TRACC Borneo kepada SAYS.

"Ini merupakan kes kedua penderaan yang sangat jelas berlaku dalam tempoh enam bulan terakhir di Malaysia, dengan (kejadian lain) awal tahun ini di Sabah.

"Penyu merupakan salah satu daripada makhluk berharga yang banyak terdapat di seluruh Malaysia di mana pelancong datang untuk melihatnya.

"Saya percaya bahawa kita tidak mahu pelancong melayani penyu seperti ini atau pelancong menganggap ini sebagai norma kerana ia akan membawa reputasi buruk kepada industri pelancongan kita," tambahnya.

SAYS.com
Image via TRACC Borneo

TRACC mengingatkan orang ramai bahawa walaupun penyu boleh menahan nafas untuk jangka masa yang lama, mereka masih perlu ke permukaan air untuk mendapatkan udara, ditahan atau dipegang boleh menyebabkan mereka tertekan atau lemas

Pulau Redang merupakan sebahagian daripada Taman Laut di Malaysia, di mana ia adalah haram untuk menyentuh, menangkap atau mengganggu mana-mana haiwan marin

Tetapi walaupun kempen kesedaran telah dijalankan berulang kali, insiden seperti itu terus berlaku, mendorong seruan berterusan untuk pengawasan yang lebih ketat dan pendidikan yang lebih baik dalam kalangan pengusaha pelancongan.

"Jika anda melihat penyu didera, jangan berhadapan langsung dengan orang itu.

"Rekod lokasi, masa, dan operator pelancongan, kemudian laporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau organisasi hidupan liar.

"Pemerhatian hendaklah sentiasa dilakukan dengan mata anda, bukan tangan anda. "Jangan sentuh. Jangan ganggu. Perhatikan sahaja," tegas TRACC.

Lihat video tersebut di bawah:

@traccborneo

🚨DO NOT TOUCH 🚨 Another incident has been brought forward to us of multiple Endangered Green Turtles being harassed and abused in Malaysia. This behaviour is deeply disturbing and concerning and should never be endorsed. Reports have been made to the authorities to take action on this matter. Although turtles can hold their breath for long periods, they still need to surface for air because they have lungs, not gills. If a turtle becomes trapped underwater or cannot reach the surface, it can drown just like any other air-breathing animal. However more importantly; this behaviour should never take place and YOU as a consumer have got a voice. What should you do if an operator, other diver/snorkeler, guide or institution shows such behaviour? If you see a turtle being abused, stay calm and do not confront the abuser directly. Instead, record details like the location, time, tour operator/boat number and what's happening, then contact local animal control, wildlife rescue, NGO, or the relevant authorities to report the abuse. If it's safe, you can also take photos or videos as evidence to help authorities protect the turtle. This should never take place, please never accept this and do make the report. Often these incidents occur due to ignorance or going out of their way to ensure a consumer gets "the best experience". Never accept this kind of behaviour, observation is done with your eyes, not your hands. #tracc #borneo #volunteering #malaysia #seaturtle #turtle animalabuse #conservation #wildlife

♬ original sound – TRACCBORNEO – TRACCBORNEO

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: