[VIDEO] Peniaga Churros Kongsi Berdepan Detik Cemas, Api Pada Kuali Tiba-Tiba Terbakar
Difahamkan, tiada kemalangan jiwa.
Cover image via @adictochurrosmelaka (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang peniaga churros di Melaka nyaris disambar api selepas kuali memasak terbakar dalam kejadian di Bazar Ramadan Semabok Perdana
Menerusi video di akaun TikTok @adictochurrosmelaka, difahamkan insiden tersebut menimpa peniaga berkenaan lebih kurang jam 5 petang.
Di dalam video itu memaparkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran tersebut.
Image via @adictochurrosmelaka (TikTok)
Keluar percikan api dari kuali dan terus terbakar
Pada awalnya individu tersebut ketika itu sedang merakam video di gerainya, namun secara tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali memasak menyebabkan dia terkejut.
Dalam keadaan panik, dia terus berlari jauh dari tempat tersebut untuk menyelamatkan diri sebelum khemahnya dijilat api.
Bagaimanapun, peniaga itu reda dengan ujian yang menimpanya dan meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
"Salah silap dan kekurangan kami minta di maafkan, mungkin ini adalah qada dan qadar Allah kami terima dengan redha," tulisnya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


