[VIDEO] Peniaga Bertengkar Gara-Gara Asap Lemang, Dakwa Ganggu Perniagaan

Harap dapat diselesaikan dengan cara baik.

Cover ImageCover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semakin dekat hari raya, ramai orang semakin sibuk membuat persiapan hari raya, termasuklah para peniaga

Lemang menjadi salah satu makanan tradisional yang wajib dikala sambutan hari raya ini.

Malah, kita juga dapat membeli dengan mudah lemang kerana banyak yang berniaga di pinggir-pinggir jalan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan dua orang peniaga di tepi jalan bergaduh dek kerana asap lemang.

Image via Facebook

Tak puas hati dengan asap lemang kedai sebelah

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, kelihatan dua peniaga sedang bertengkar gara-gara asap pembakaran lemang.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas seorang peniaga air kelapa tidak berpuas hati dengan seorang peniaga lemang yang berada di sebelahnya.

Dapat dilihat peniaga air kelapa tersebut meluahkan rasa marahnya dek kerana asap pembakaran lemang yang didakwa telah mengganggu perniagaannya.

Malah, peniaga berkenaan juga bertindak dengan menyiram tempat pembakaran lemang tersebut sehingga menyebabkan lemang yang sedang dibakar rosak.

Situasi itu telah menimbulkan kekecohan dan pertengkaran antara mereka.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: