[VIDEO] Pendakwa Raya Sakit Tekak, Syed Saddiq Kecewa Perbicaraan Kes Ditangguh Lagi
Menurutnya, kes telah ditangguh selepas kedua-dua pendakwa raya mengalami sakit tekak di pertengahan penghujahan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syed Saddiq luah rasa kecewa apabila perbicaraannya di mahkamah ditangguh lagi
Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia berkata keputusan mahkamah itu tidak dinafikan menimbulkan kekecewaan disebabkan dirinya sendiri tidak pernah meminta untuk menangguhkan perbicaraan.
"Sudah lima tahun saya menuntut keadilan, saya tidak pernah sekali pun mohon kes saya digugurkan, saya tidak pernah minta MC atau check-in hospital untuk melewatkan perbicaraan saya di mahkamah.
"Saya sentiasa percaya sejak hari pertama bahawa saya tak bersalah dan mahkamah adalah tempat terbaik untuk saya buktikannya.
"Keadilan mungkin tertangguh, tetapi ia tidak boleh dinafikan," katanya.
Image via Instagram
Tetap mendoakan agar pendakwa raya untuk lekas pulih kembali
Perbicaraan mahkamah tersebut tertangguh disebabkan pendakwa raya mengalami sakit tekak ketika memberikan hujah.
Walaupun dalam keadaan kecewa, Syed Saddiq masih berharap supaya pendakwa raya tersebut kembali pulih supaya kes dapat berjalan kembali.
"Saya mendoakan supaya pihak pendakwa raya kembali pulih sepenuhnya supaya kes saya dapat berjalan seperti biasa.
"Walaupun perbezaan pendapat kami di dalam mahkamah, saya betul-betul berharap untuk mereka kembali pulih," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 