[VIDEO] Pencuri Gagal Curi Kucing Baka Maine Coon, Pemilik Rayu Minta Cari Kucing Hilang
Difahamkan, pencuri gagal menculik kucing terbabit.
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebuah rakaman selepas sekumpulan individu bertindak untuk menculik seekor kucing di Johor Bharu
Menerusi rakaman daripada litar tertutup (CCTV), kelihatan tiga lelaki memecah masuk rumahnya untuk mencuri seekor kucing.
Dapat dilihat, seorang lelaki telah mengambil sangkar kucing tersebut sebelum melemparkannya ke arah luar sambil ditunggu seorang lagi rakan.
Namun begitu, pencuri gagal menculik apabila kucing berkenaan berjaya melarikan diri dan terus ke arah semak samun di kawasan rumah.
Pemilik minta bantuan orang ramai yang terjumpa kucingnya untuk pulangkan kembali
Sementara itu, pemilik kucing berkenaan di laman Facebook meminta bantuan agar orang ramai yang menjumpai kucing kesayangannya itu untuk memulangkan kembali kepadanya.
Difahamkan, kucing tersebut adalah baka daripada Maine Coon.
"Jika sesiapa terjumpa atau terbeli kucing seperti di bawah, tolong kembalikan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


