[VIDEO] Pemuda Kongsi Cara & Bagaimana Untuk Berbual Dengan Ibu & Ayah OKU Pekak

Seronok dia menyakat ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @nabilnazrol (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang manusia, kita patut bersyukur kerana dilahirkan sempurna dan dapat menguruskan diri sendiri

Sesetengah orang tidak berpeluang merasai itu dan mempunyai nikmat melihat, mendengar mahupun bercakap seperti kita.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang pemuda yang berkongsi bagaimana cara dia berkomunikasi dengan ibu dan ayahnya yang kurang upaya telah mencuri perhatian ramai.

Dirinya normal, namun ramai yang tertanya caranya berkomunikasi

Menerusi akaun TikTok @nabilnazrol, kelihatan dia berkongsi cara dia berkomunikasi bersama ibu dan ayahnya.

Difahamkan ibu dan ayahnya adalah kategori bagi orang kurang upaya pendengaran iaitu tidak boleh bercakap dan mendengar.

Cara dia berkomunikasi hanyalah dengan menggunakan bahasa isyarat kepada mereka. Malah, dia juga dilihat sudah mahir mungkin kerana sudah lama belajar dan senang untuk mereka berkomunikasi.

Sebelum ini, Nabil pernah menjadi tular selepas menghadiri ceramah Ustaz Abdul Somad bersama ibu dan ayahnya dan menterjemahkan kembali ceramah tersebut kepada ibu ayahnya.

Lihat video di bawah:

Bila ada ahli keluarga yang OKU ini, pembelajaran bahasa isyarat memang sangat penting.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: