[VIDEO] Pemandu BMW Tumbuk Pekerja ‘Carwash’ Sampai Mati Kerana Lambat Cuci Kereta
Difahamkan lelaki itu berang dan menumbuk pekerja tersebut.
Cover image via Daily MailMemetik laporan [Daily Mail] (http://www.dailymail.co.uk/news/article-5366427/BMW-driver-kills-car-wash-worker-single-punch.html?ito=embedded), seorang pemandu kereta jenis BMW telah menumbuk dua pekerja premis cuci kereta dan salah seorang mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian
Kelakuan lelaki terbabit telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek menumbuk dua pekerja tersebut yang didakwa mengantuk dan lambat mencuci keretanya.
Kejadian tersebut belaku di Stupino, Moscow menunjukkan beliau terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai selepas ditumbuk oleh suspek.
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Mangsa dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma. Namun tidak lama kemudian, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Mangsa kedua juga cedera, tetapi tidak mengalami kecederaan yang kritikal. Suspek yang tidak dinamakan itu kemudian ditahan selepas kejadian. Suspek mengaku melakukan jenayah itu dalam sebuah video yang disiarkan oleh pihak polis. Jika didapati bersalah, beliau akan dipenjara selama lapan tahun kerana menyerang mangsa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Berdasarkan video pengakuan suspek, suspek juga mengaku pernah dipenjara sebelum ini atas kesalahan pecah rumah secara berkumpulan
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail

