[VIDEO] Pelajar Universiti Kantoi Didakwa Rekod Bawah Skirt Wanita Di Bukit Bintang
Sekumpulan lelaki tidak menunggu lama untuk menahan pelajar berkenaan sebaik sahaja perbuatannya dikesan.
Cover image via Sinn Er (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular di laman sosial sebuah rakaman memaparkan seorang pelajar universiti didakwa cuba merakam bawah skirt seorang wanita di Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Menerusi video tersebut, seorang lelaki telah meletakkan telefonnya didalam sebuah beg dan telah menghalakannya ke arah bawah skirt seorang wanita ketika orang ramai sedang melintas jalan.
Sekumpulan kenalan lelaki kepada mangsa dengan pantas bertindak menahan lelaki terbabit sebaik sahaja kelakuannya itu dikesan.
Seorang pegawai polis kemudiannya datang mengawal keadaan sebaik sahaja pelajar berkenaan ditahan di oleh sekumpulan lelaki tersebut.
Image via Facebook
Klip berdurasi 1 minit 15 saat itu telah dikongsikan oleh seorang rakan mangsa di Facebook
Menerusi hantaran Sinn Er di Facebook, wanita itu meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku di samping mengingatkan wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati.
"Memang wujud orang seperti ini, kelihatan sopan dan baik, tetapi diam-diam merakam di bawah skirt perempuan.
"Perempuan memang perlu sentiasa berhati-hati apabila keluar. Kadang-kadang, bukan kami terlalu berprasangka.
"Perkara seperti ini memang berlaku. Tetapi jika lebih ramai wanita dan lelaki yang mempunyai rasa keadilan sanggup bersuara dan mengambil tindakan, dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik," tulisnya.
Temui hampir 500GB video rakaman bawah skirt di dalam telefon pelajar terbabit
Tambahnya, kenalannya telah menemui kira-kira 500GB video rakaman bawah skirt dalam telefon lelaki tersebut sekali gus menunjukkan bahawa ramai lagi mangsa yang terlibat.
Dia turut menjelaskan bahawa tujuan video tersebut dikongsikan di media sosial adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kewujudan pemangsa seperti ini, sambil mendakwa bahawa lelaki berkenaan merupakan seorang pelajar universiti di Cyberjaya.
"Rakan-rakan saya menemui ribuan video rakaman bawah skirt dalam telefon lelaki ini. Kaum wanita, sekiranya anda memakai skirt, sebaiknya pakailah juga safety pants," nasihatnya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

