[VIDEO] Pejabat Kerajaan Di Putrajaya Didakwa Kena Kacau Dengan ‘Makhluk Halus’

Difahamkan, rakaman kejadian telah dirakam di pejabat JPA, Putrajaya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah rakaman di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaparkan sebuah pejabat sedang 'diganggu' sesuatu

Menerusi video yang tular di TikTok perkongsian @alamjinggamalaya, rakaman tersebut menunjukkan situasi semasa 'gangguan' itu sedang terjadi.

Dalam video tersebut, sebuah papan tanda laluan kecemasan dilihat bergoyang-goyang dengan laju di samping seorang pekerja di situ sedang merenjis-renjiskan air.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah pejabat JPA, Kompleks C, Blok C1, Presint 1, Putrajaya.

SAYS.com

Sesi 'pembersihan' yang dijalankan pada malam selepas kejadian berlaku.

Image via TikTok

Telah menjalani sesi 'pembersihan' dan 'memagar'

Menerusi hantaran tersebut, kawasan itu juga telah melalui prosedur 'pembersihan' yang telah dijalankan semalam dikendalikan oleh Ustaz dari Darussyifa.

"Untuk makluman semua, malam ini akan diadakan sesi pembersihan dan pagar JPA oleh Ustaz Halim daripada Darussyifa melalui pembesar suara.

"Oleh itu, mohon simpan barang berharga atau dokumen terperingkat. Semua pintu utama setiap aras dan pintu bilik pegawai, stor, bilik mesyuarat mohon dibuka untuk memberi laluan keluar kepada 'yang berkenaan'.

"Sesi rukyah akan bermula selepas solat Maghrib. Dijemput juga kepada yang berkelapangan untuk hadir bersama-sama di lobi Blok C1," katanya semalam.

Lihat video tersebut di bawah:

@alamjinggamalaya

Assalamualaikum WBT Untuk makluman semua, malam ini akan diadakan sesi pembersihan dan pagar JPA oleh Ustaz Halim daripada Darussyifa melalui pembesar suara. Oleh itu, 1. Mohon simpan barang berharga/dokumen terperingkat 2. Semua pintu utama setiap aras dan pintu bilik pegawai/stor/bilik mesyuarat mohon dibuka untuk memberi laluan keluar kepada 'yang berkenaan' . 3. Sesi RUKYAH akan bermula selepas Solat Maghrib. Dijemput juga kepada yang berkelapangan untuk hadir bersama2 di lobi Blok C1. Untuk tujuan ini, Unit Keselamatan akan ketatkan kawalan keselamatan di setiap Blok. Mohon kerjasama semua. Terima kasih, salam hormat. Unit Keselamatan BKP JPA

♬ kalau tak percaya cuba tengok – ◖⚆ᴥ⚆◗

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: