[VIDEO] Panel Dinding Stesen LRT Masjid Jamek Habis Runtuh Dibadai Hujan Lebat
Panel itu runtuh ketika hujan melanda pada jam 4.04 petang semalam.
Cover image via BernamaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Panel dinding di Stesen LRT Masjid Jamek habis runtuh akibat dibadai hujan lebat semalam
Menerusi sebuah kenyataan media di Facebook, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan LRT dalam kenyataan memaklumkan, panel itu runtuh ketika hujan sedang melanda pada jam 4.04 petang semalam.
"Bagaimanapun, insiden terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
"Perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan untuk ke destinasi yang dituju," katanya.
Image via Harian Metro
Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan
Sementara itu, mereka memaklumkan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail.
"Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian tersebut secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.
"Anggota polis bantuan tambahan ditempatkan di stesen berkenaan bagi melancarkan pergerakan penumpang," katanya.
Rapid Rail juga memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini.
Menurutnya, sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL.
Image via Rapid KL (Facebook)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


