[VIDEO] Order iPhone 16 Plus Online, Sampai-Sampai Sepaket Gula Pasir 1 Kg
Siapa je tak gelabah kalau kena macam ni.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nasib malang menimpa seorang wanita apabila harapan untuk memegang iPhone 16 Plus yang dibeli secara online bertukar tragedi
Kejadian yang berlaku di Indonesia itu menimpa seorang wanita yang dikenali sebagai Riana. Dia kemudiannya berkongsi kejadian tersebut di akaun TikTok miliknya.
"Aku nak cerita sikit, masa aku kat Jogja awal bulan Mei haritu, aku ada beli iPhone dari website rasmi ibox.co.id. Aku beli online sebab model yang aku nak tu susah gila nak dapat, kat kedai iBox dengan DigiMap pun memang hampir takde stok langsung.
"Lepas dalam 4 hari macam tu, barang tu pun sampai guna ID Express. Mestilah happy gila bila barang dah sampai, so kita pun unbox lah sambil buat video unboxing. Tapi bila buka je kotak, terkejut gila, dalam tu cuma ada gula 1kg!
"Semua orang terkejut, aku pun terus rasa down gila sampai menangis sebab teringat duit yang dah habis, bukan sikit pulak tu," katanya.
Image via TikTok
Tidak mengalah dan buat laporan untuk dapatkan ganti rugi
Memandangkan kerugian yang dihadapi bukanlah sedikit, wanita itu buat keputusan untuk pergi ke ibu pejabat syarikat penghantaran yang terlibat bagi memaklum,kan isu yang berlaku.
"Lepas tu, kami pun pergi ke pejabat ID Express, tempat terakhir barang tu sebelum dihantar oleh kurier. Kat situ, mula-mula kurier dengan staff lain cakap macam ni je, 'Memang dari awal dah macam tu, kami tak tahu-menahu.' Diorang semua bagi jawapan lepas tangan macam tu.
"Aku pun cakap, 'Habis tu kalau jadi macam ni, siapa nak tanggungjawab?' Sebab masa tu aku memang dah serabut fikir pasal barang hilang, sebab duit yang aku keluarkan tu bukan sikit.
"Lepas tu aku minta diorang call manager diorang. Akhirnya manager tu pun datang dan mula buat siasatan. Hari yang sama jugak, kami terus buat laporan/claim kat pihak iBox pasal kejadian ni.
"Sejak tu, hari-hari kami follow up dua-dua pihak, ID Express dan iBox nak tahu perkembangan," katanya.
Image via TikTok
Dapat refund selepas tiga minggu
Mereka akhirnya membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan ganti rugi penuh tetapi perlu melalui proses yang sedikit panjang.
"Selama 3 hari kami tunggu, tapi jawapan yang kami dapat sama je, 'masih dalam siasatan.' Mula-mula kami tak buat laporan polis sebab rasa masih ada niat baik dari pihak manager untuk bantu sampaikan kes ni ke HQ.
"Tapi bila dah masuk hari ke-3 masih tak ada apa-apa kepastian pasal ganti rugi atau refund, kami pun akhirnya buat laporan kat pihak berkuasa. Lepas je kami buat laporan tu, barulah ada sedikit kelegaan, katanya barang atau duit akan di-refund, cuma prosesnya panjang sikit. Kena isi borang, hantar bukti laporan polis dan semua dokumen yang diperlukan.
"Alhamdulillah, lepas tiga minggu penuh rasa gelisah, menangis hari-hari fikir pasal duit yang banyak tu, akhirnya refund tu pun masuk balik. Aku bersyukur sangat dan terima kasih pada semua pihak yang tolong sampai hak aku dipulangkan," katanya.
Tambahnya, iPhone yang dibelinya itu telah dicuri dan disyaki melibatkan kerja orang dalam yang turut diakui syarikat penghantaran yang terlibat.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


