[VIDEO] Murid Hadiahkan Cikgu Peralatan Dapur Mewah ‘Le Creuset’ Sempena Hari Guru

Wow bukan biasa-biasa hadiah dia bagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @nurashikindin (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum mengetahui, hari guru adalah hari istimewa untuk menghargai guru

Ia disambut untuk menghormati mereka atas sumbangan istimewa mereka dalam bidang bidang tertentu, atau nada masyarakat dalam pendidikan.

Tahun ini Malaysia meraikan sambutan hari guru 2025 dengan bertemakan 'Guru Pemacu Reformasi Pendidikan'.

Murid-murid juga tidak ketinggalan memberikan hadiah buat guru kegemaran mereka sempena sambutan ini.

Namun, tular sebuah video memaparkan seorang murid yang memberikan hadiah peralatan dapur mewah buat gurunya.

Belikan hadiah peralatan dapur mewah jenama Le Creuset

Menerusi video di akaun TikTok @nurashikindin, kelihatan wanita itu dan suaminya dilihat membelikan peralatan dapur berjenama buat guru-guru anak sulungnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia membeli barangan dapur mewah berjenama Le Creuset sebagai tanda penghargaan sempena sambutan Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei ini.

Malah, wanita itu dan suami sebelum ini juga pernah tular kerana sering menghadiahkan semua guru anaknya dengan barangan mewah pada sambutan hari guru.

Tindakan wanita itu dan suami yang sering memberikan hadiah setiap hujung tahun bagi menghargai seluruh tenaga pengajar di sekolah juga turut mendapat pujian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nurashikindin Ada yg tunggu hadiah hari guru versi 2025 ke tuuu ? Hadiah hari guru 2025 dari Hafiz Harith untuk semua cikgu cikgu dia . Special thanks untuk staff @Le Creuset midvalley Encik Ikhwan layan kami membeli dan bungkuskan cecantik untuk guru anak saya. Siap reben . #hadiahhariguru2025 #lecreuset #fypviral @Le Creuset Malaysia Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) (Sped Up Version) – FIFTY FIFTY

Selamat hari guru buat semua pendidik di Malaysia! 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: