[VIDEO] Michelle Yeoh Hadiri Pengebumian Tun Abdullah, Beri Penghormatan Terakhir

Kelibat pelakon sempat dirakam oleh petugas media.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @buletintv3 (TikTok) & Google
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh dilihat hadir di Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pagi ini

Menerusi sebuah klip video, Michelle dilihat hadir berselendang dan memakai kaca mata hitam sambil ditemani seorang pengiring serta pengawal keselamatan.

Michelle yang merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi Ke-95 bagaimanapun tidak berkongsi mengenai kepulangannya ke tanah air di media sosialnya setakat ini.

Difahamkan, Istiadat Penghormatan Terakhir Perdana Menteri Kelima itu diawalkan kepada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 petang.

Orang awam juga dilihat sudah mula berada di Dewan Solat Utama bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Lihat video di bawah:

@buletintv3 Aktres terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh hadir sekitar jam 11.15 pagi tadi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Solat Utama, Masjid Negara. #BuletinTV3 #PakLah #PM5 #AlFatihah #PerginyaTunAbdullah #TunAbdullahAhmadBadawi original sound – BuletinTV3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: