[VIDEO] Mesin Pencuci Helmet Layan Diri Pun Dah Ada Sekarang – “Kena Wajib Cuba Ni”

Style juga.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @alieyachock8 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang ini, makin banyak mesin layan diri untuk kegunaan pelbagai servis

Kini, anda juga dah boleh nikmati servis 'cuci' helmet untuk memastikan kesegaran semasa pakai di samping menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

Itulah yang dikongsikan @alieyachock8 menunjukkan sebuah mesin layan diri Helmet Cleaner kini tersedia di premisnya.

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat sedang menunjukkan cara-cara menggunakan mesin layan diri berkenaan kepada seorang pelanggan di kedainya.

Mesin itu dilihat memiliki kaedah bayaran tanpa tunai di mana pengguna boleh membayar menerusi pengesanan kod QR.

Proses pencuciannya juga dilihat bukan menggunakan air tetapi menggunakan wap asap yang mengeluarkan bau wangi dan mengambil masa selama 7 minit untuk selesai.

SAYS.com
Image via TikTok

Tersedia dalam dua pilihan iaitu cucian biasa dan VVIP

Menurutnya, pelanggan boleh mencuba menggunakan servis tersebut dengan dua pilihan iaitu cucian biasa yang berharga RM4 dan VVIP dengan harga RM5.

"Customer nak try try, kita kasi try ye! Confirm bersih confirm wangi. Ada dua option RM4 BIASA & RM5 VVIP.

"Lea bukan agent mesin helmet cleaner ya korang! Lea adalah sales admin (penjual motor loan kedai).

"Cuma mesin helmet cleaner ni ada dekat kedai kalau korang nak clean korang punya helmet ye!" tulisnya.

Lihat video tersebut di bawah:

@alieyachock8

Customer nak try try , kita kasi try ye! Comfirm bersih comfirm wangi 😉 Ada dua option RM 4 BIASA & RM 5 VVIP Lea bukan agent mesin helmet cleaner ya korang! Lea adalah sales admin ( penjual motor loan kedai ) Cuma mesin helmet cleaner ni ada dekat kedai kalau korg nak clean korang punya helmet ye! Survey motor ? Baru atau secondhand ? Area selangor/KL sahaja! 016-2276019 | Lea #chongmotorportklang #Cleanhelmet #Loankedai #mudahlulus #fyp

♬ original sound – Alieya chock – Alieya chock

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: