[VIDEO] Main Ride Di Taman Tema, Pemuda Tak Sangka Sampai Pengsan Ini Raih Perhatian Ramai
Mungkin dia pening.
Cover image via @catslayer666 (TikTok)Meluangkan masa dengan kawan-kawan sememangnya seronok dan menggembirakan
Mana tidaknya, waktu itulah kita boleh gelak ketawa ramai-ramai sambil mencipta memori baru. Kalau dapat kawan yang meriah dan kecoh itu lagilah best bukan? Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama kawan-kawan seperti pergi ke taman tema.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda pengsan semasa naik ride di taman tema telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka pening naik ride sampai pengsan
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman memaparkan situasi di taman tema *indoor* di Genting Highlands.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang pemuda dilihat duduk diam tidak bergerak selepas bermain salah satu permainan di situ.
Rupa-rupanya, dia dikatakan pengsan seketika akibat pening menaiki ride tersebut. Walau bagaimanapun, kelihatan staf yang bertugas di situ semua baik hati untuk menolongnya turun dari ride itu.
Image via @catslayer666 (TikTok)
"Ride ni nampak cam rilek je, tapi aku menjerit satu bangunan boleh dengar, seram bodo" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 26K tontonan, 654 tanda suka dan 19 komen di TikTok, rata-rata netizen turut risau dan cuak dengan situasi lelaki itu. Mujurnya, tiada apa yang serius berlaku.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @catslayer666 (TikTok)
Image via @catslayer666 (TikTok)
Image via @catslayer666 (TikTok)
Nasib baik dia okay. Mungkin dia terlalu gayat dan terpaksa ikut kawan main game tu kot :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

