[VIDEO] ‘Azan! Azan!’ – Polis Bantuan Terperanjat Nampak Lembaga Putih Melintas Di Tingkap
Ya Allah, seramnya! :/
Cover image via SAYSGempar baru-baru ini, apabila satu video seram tersebar luas di laman Facebook yang memperlihatkan satu lembaga putih dipercayai pontianak berlegar-legar di kawasan sebuah pondok polis bantuan
Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dikenal pasti, tetapi menurut sumber, kejadian ini berlaku di sebuah balai polis bantuan felda di Pahang.
Video ini juga dikatakan adalah video lama sekitar tahun 2004 – 2005, namun mula viral setelah ia dikongsi oleh seorang pengguna Facebook [Ely Bpm](https://www.facebook.com/ely.bpm/posts/1303376326371029) pada 15 November lalu. Video yang berdurasi selama 2 minit itu, betul-betul mendapat perhatian para netizen apabila menerima sebanyak lebih 7 ribu *shares* dan lebih 200 ribu tontonan.
Image via Ely Bpm/Facebook
Di dalam video tersebut, beberapa anggota polis bantuan dikatakan sedang bertugas pada lewat malam. Mereka kelihatan sedang bermain Chess dan salah seorang daripada mereka merakam suasana tersebut
Semasa sedang seronok bermain Chess, tiba-tiba kelihatan satu lembaga putih melewati tingkap bangunan tersebut. Tukang rakam sangat terkejut dan menjerit. Suasana menjadi kecoh seketika.
Ingatkan setakat itu saja, kemudian lembaga tersebut kelihatan berdiri di kawasan luar bangunan tersebut dan hilang setelah seorang daripada mereka melaungkan azan. Serius seram!
Image via Ely Bpm/Facebook


