[VIDEO] Lelaki Serbu Ariana Grande Di Singapura Dikenali Sebagai ‘Penceroboh’ Bersiri
Difahamkan, penceroboh itu sedang menganggur dan tinggal di asrama backpackers.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Acara 'yellow carpet' yang dihadiri para pelakon sempena tayangan perdana filem Wicked: For Good terganggu apabila seorang lelaki melompat melalui penghadang dan meluru ke arah bintang filem itu, Ariana Grande
Kejadian yang berlaku di Universal Studios Singapore pada 13 November telah tular di media sosial di mana lelaki tersebut dilihat berjaya pergi ke arah penyanyi pop berkenaan sebelum memeluknya sebelah tangan.
Menerusi laporan The Straits Times, bintang filem itu dilihat tidak berbuat apa-apa kerana terkejut, sebelum seorang lagi pelakon yang membintangi filem tersebut, Cynthia Erivo memaksa dirinya berada di antara Grande dan penceroboh itu, sementara pengawal keselamatan dengan cepat menahan lelaki terbabit.
Selepas kejadian itu, beberapa pelakon lain, termasuk Michelle Yeoh dengan bergerak sekeliling Grande untuk memeriksa keadaannya sebelum meneruskan acara untuk menyambut peminat dan menandatangani autograf.
Rakaman yang tersebar dalam talian menunjukkan penceroboh itu diiringi keluar dari tempat acara oleh pihak keselamatan.

Johnson Wen (tengah).
Image via Kelvin ChngBukan insiden pertama yang dilakukan lelaki itu
Lelaki itu dikenali sebagai Johnson Wen, merupakan 'penceroboh' bersiri yang pernah mengganggu pelbagai konsert dan acara termasuk konsert Katy Perry di Sydney pada Jun serta acara akhir 100m lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.
Merupakan seorang warga Australia, Wen yang berusia 25 tahun mempunyai akaun Instagram di mana dia mendokumentasikan aksinya dengan penerangan pada profil menggambarkan dirinya sebagai "2023 WorId Cup FinaI Pitch lnvader" dan "Troll Most Hated" beserta pautan untuk meminta derma bagi membayar bil tanpa menghuraikan apakah bil-bil tersebut.
Dalam sebuah temu bual pada 10 Jun 2025, Wen dikatakan menganggur dan tinggal di asrama backpackers.
Diharamkan daripada Stadium Accor di Sydney selepas dia menceroboh naik ke atas pentas semasa konsert The Weeknd pada Oktober 2024, dia dikenakan denda kira-kira A$20,000 (RM54,000).
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 