[VIDEO] Lelaki Selamba Ceroboh Rumah, Wanita Berdepan Detik Cemas Ketika Bersendirian
Nasib baik dia tak dapat masuk, bahaya betul.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita melalui pengalaman menakutkan apabila rumahnya di Taman Cendana, Sungai Petani, Kedah diceroboh lelaki tidak dikenali ketika dia bersendirian baru-baru ini
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu tular di Threads selepas dikongsikan oleh akaun komuniti, @Penduduksgpetani, yang memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) suspek menceroboh masuk ke kawasan parkir kereta.
Menurutnya, mangsa baru sahaja pulang ke rumah selepas menghantar anak ke sekolah dan sengaja tidak mengunci pintu pagar kerana hanya ingin mengambil barang kerja sebelum keluar semula.
"Selepas lebih kurang lima minit, ada seorang lelaki turun dari padang kawasan depan rumah. Dia datang buka pagar dan masuk ke kawasan rumah," katanya.

Berdasarkan rakaman berdurasi 14 saat itu, suspek yang berbaju gelap dilihat selamba memasuki kawasan rumah dan cuba membuka pintu jeruji (grill) serta pintu kayu utama, namun gagal kerana pintu tersebut berkunci dari dalam
"Nasib baik pintu kayu berkunci, jadi dia tidak dapat masuk. Kalau tidak memang tidak tahu apa jadi," katanya lagi.
Menyedari percubaannya gagal, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran kawasan berkenaan.
Difahamkan, suami mangsa turut bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja sejurus dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Tindakan suspek itu mengundang pelbagai reaksi pengguna yang bimbang akan tahap keselamatan di sekitar kawasan perumahan.
Lihat posting di bawah:

View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



