[VIDEO] Lelaki Sanggup Bunuh Isteri & Dua Orang Anaknya Gara-Gara Anime ‘One Piece’

Video pengakuan suspek memberitahu perkara itu turut tular di media sosial.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berau Terkini & IMDb
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki mengaitkan tindakan membunuh isteri dan dua orang anaknya dengan animasi popular dari Jepun, One Piece

Menerusi laporan Sinar Harian, Julius, 33, didakwa telah menetak isterinya dan dua anaknya masing-masing berusia lima dan empat tahun sehingga maut di rumah mereka di Kampung Punan Mahakam, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur.

Timbalan Ketua Polis Berau, AKP Agung Jaya berkata hasil siasatan awal mendapati suspek memberi alasan pelik apabila mengaitkan tindakannya itu dengan anime popular dari Jepun, One Piece.

Menurutnya, pengakuan tersebut didapatkan semasa Julius disoal siasat namun kenyataannya tidak konsisten dan bercampur aduk.

"Dalam keterangannya, dia mendakwa dimarahi One Piece kerana tidak mempunyai syarat untuk menjalani kehidupan seperti dalam anime itu.

"Kenyataan ini membuatkan kami menilai kemungkinan pelaku mengalami gangguan mental," katanya.

SAYS.com

Jenazah mangsa tiba di pusat kesihatan tempatan.

Image via Berau Terkini

Siasatan awal tidak menemui motif sebenar yang masuk akal

Menurut Ketua Unit Siasatan Polis Berau, Iptu Ridwan pula, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur pertelingkahan atau masalah rumah tangga besar yang boleh mendorong kepada pembunuhan tersebut.

"Setakat ini, motif sebenar belum dapat dipastikan. Pelaku sudah dibawa ke Hospital Umum Daerah (RSUD) Abdul Rivai untuk pemeriksaan psikiatri," katanya.

Menerusi laporan Berau Terkini, suspek disyaki telah membunuh isteri dan dua orang anaknya menggunakan parang yang ditemui di lokasi kejadian.

Isteri suspek turut didapati sedang hamil kandungan sudah berusia 6 bulan yang didapati turut sudah tidak bernyawa.

SAYS.com

Sebilah parang yang disyaki digunakan suspek.

Image via Berau Terkini

Lihat video tersebut di bawah:

@userdelintabalar93

pengakuan pelaku setelah membunuh istri dan ke dua anak nya… kasian nya istrinya lagi hamil 6 bulan 😭🙏🙏#fypシ゚

♬ suara asli – delin Berau berau – delin Berau berau

Meminta pertolongan bukanlah tanda kelemahan. Jika anda atau sesiapa yang anda kenali keseorangan, tertekan atau sentiasa membayangkan perkara negatif, sila hubungi talian hotline Malaysia ini:

1. BEFRIENDERS KL

24-jam
Hubungi: +603-76272929
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

2. TALIAN KASIH
24-jam
Hubungi: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
Emel: [email protected]
Website | Facebook 

3. BUDDY BEAR CHILDLINE
Setiap hari (12pm – 12am)
Hubungi: 1800-18-2327
Emel: [email protected]
Facebook | Instagram

Untuk direktori sumber yang lebih teliti, pergi ke laman web Malaysian Mental Health Association atau MINDAKAMI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: