[VIDEO] Lelaki Minta Orang Ramai Berhati-Hati, Individu Sama 'Scam' Cuba Kelirukan Pekerja

Hati-hati semua!

Cover ImageCover image via @kedaidady (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pekerja di sebuah kedai tudung nyaris menjadi mangsa scam oleh seorang pelanggan lelaki

Menerusi video perkongsian di TikTok @kedaidady, kelihatan lelaki tersebut kononnya mahu membeli sehelai tudung dengan menggunakan wang RM100.

Malah, lelaki itu didakwa cuba untuk 'memukau' juruwang terbabit supaya juruwang keliru dengan jumlah kiraan sebenar yang perlu diberi kepadanya.

"Scammer ni dah sampai pasir gudang. Tak serik eh orang ni, nasib kedai dady kalini baik, tapi tolong peniaga peniaga sekitar sini please alert," tulisnya.

Minta orang ramai berhati-hati dengan lelaki tersebut

Dalam pada itu, pemilik kedai berkenaan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan individu tersebut dan tidak terpedaya dengan permainannya.

"Ni dady tengah live kebetulan staff panggil, kata ada someting wrong dengan pelanggan. Nak cancel tudung. Dady cepat-cepat datang dekat counter. Rupanya mamat scamer," tulisnya.

Difahamkan, sebelum ini kejadian sama berlaku di sekitar Selangor dengan taktik yang sama cuba memperdaya juruwang yang berada di kaunter sehingga menimbulkan kekeliruan.

Lihat video di bawah:

@kedaidady Scammer ni dah sampai pasir gudang. Tak serik eh orang ni, nasib kedai dady kalini baik.. tapi tolong peniaga peniaga sekitar sini…please allert‼‼ Share video ni dekat kawan kawan korang supaya tak terkena. #scammer #pukau original sound – Kedai Dady

@kedaidady Tolonglah korang share biar dia famess… dan supaya ramai tak terkena. Ni dady tengah live kebetulan staff panggil, kata ada someting wrong dengan pelanggan. Nak cancel tudung. Dady cepat cepat datang dekat counter.. Rupanyaa… mamat scamer #scamer #pukau original sound – Kedai Dady

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: