[VIDEO] Lelaki Malaysia Dakwa Dia Dihalang Masuk Dubai Sebab Peraturan Nama Pada Pasport
Pening juga kalau kena macam ni.
Cover image via @siivvfx (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki warga Malaysia mendakwa telah dihalang masuk ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas pihak berkuasa imigresen mendapati pasportnya hanya mengandungi satu nama
Lelaki tersebut, Sivasanmugam, berkata dia pergi ke Dubai awal bulan ini untuk menghadiri sebuah acara tetapi dinafikan kemasukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan ditahan selama hampir 10 jam. Pasportnya hanya tertera dan menggunakan nama Sivasanmugam.
Dia kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia walaupun terdapat percubaan selama empat jam oleh konsulat Malaysia untuk merundingkan kemasukannya.
Menerusi sebuah video hantarannya di TikTok, dia menjelaskan bahawa negara-negara di bawah Gulf Cooperation Council (GCC) tidak menerima pasport yang hanya mengandungi satu nama.
Negara-negara di bawah GCC merangkumi negara arab seperti Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Oman dan UAE.
Hanya negara GCC memerlukan kedua-dua nama pertama dan keluarga dinyatakan pada pasport
Menerusi laporan New Straits Times, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Zakaria Syaaban berkata, di peringkat antarabangsa ia bukanlah satu isu jika seseorang hanya mempunyai satu nama.
"Dalam kes sedemikian, syarikat penerbangan atau sistem imigresen biasanya akan memasukkan 'Last Name Unavailable' (LNU) atau 'First Name Unavailable' (FNU)' untuk mengisi ruangan nama keluarga atau nama sendiri.
"Walau bagaimanapun, hanya negara-negara GCC yang mewajibkan nama pertama dan nama keluarga dinyatakan dalam pasport," katanya.
Di bawah perintah yang diperkenalkan pada 21 November 2022, UAE mewajibkan semua pelancong yang memasuki negara mereka dengan permit pelancong, lawatan atau visa semasa ketibaan untuk mempunyai nama utama dan kedua dalam pasport mereka.
Peraturan tersebut menyatakan bahawa pasport yang hanya mengandungi satu nama, sama ada ia muncul sebagai nama tertentu atau nama keluarga, akan menyebabkan pemegang pasport tidak boleh diterima masuk (INAD).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



