[VIDEO] Lelaki Kongsi Saiz Sebenar & Bentuk Gigi Gajah, Rupa-Rupanya Ramai Yang Baru Tahu

Lah macam ini ke bentuk dia rupanya.

Cover ImageCover image via @duan8302 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita biasa lihat gajah tapi pernah tak anda tahu bentuk sebenar gigi gajah?

Gajah sebenarnya mempunyai bentuk gigi yang sangat unik dan jauh berbeza dengan kita manusia ini.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi sebuah video memaparkan bentuk gigi gajah yang ternyata mendapat perhatian ramai.

Tunjuk bentuk sebenar gigi gajah

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @duan8302, kelihatan seorang lelaki berkongsi gigi gajah yang ditemuinya.

Difahamkan, ketika itu dia dalam perjalanan untuk masuk ke dalam hutan sebelum terjumpa gigi tersebut di sungai.

Lelaki itu kemudian menunjukkan bentuk gigi gajah yang bersaiz besar itu. Dipercayai haiwan itu sudah pun mati.

"Terjumpa barang berharga, harga saya tak tahu berapa, tapi berharga lah bagi saya. Gigi gajah, ni adalah sebelah atas daging dan ni tempat kunyah.

"Sebelum mati ia telah tanggalkan gigi. Bandingkan dengan gigi saya, besar ke kecil? Bayangkan gigi sebesar ni, tuannya besar mana?," katanya.

Lihat video itu di bawah:

@duan8302 assalamualaikum sahabat2 semua..akibat kene marah sbb xdengar .kite post versi asal..maaf la kualiti suara xjelas sebab tepon murah..maafkan sy tuan2. #fyp #fyp #foryoupage #fypdong #viraltiktok #fyppppppppppppppppppppppp original sound – Duan

@duan8302 Replying to @harunali0970 disebabkan ade 2 3komen tuan cakap sy tipu jgn percaya…nie sy tipu lagi ke tuan…ke yg sy tunggang nie unta padang pasir…tak ade faedahnye tua2 nie nk menipu…byk lagi kene belajar tu..jgn padam komen nie ye tuan .hadir support sahabat2 semua..selamat hari raya. #fyp #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fypdong #viraltiktok mimpi yang hilang iklim part2 – syed ahmad zaki

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: