[VIDEO] Lelaki Komen Tiada Gerai Makanan Cina Atau India Di R&R Terima Kecaman

Orang ramai memberitahunya makanan Melayu boleh dinikmati semua masyarakat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah video rakaman seorang lelaki mempersoalkan kekurangan makanan Cina dan India di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya tular di media sosial

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, lelaki terbabit telah merakam situasi gerai makanan yang ada di R&R Gunung Semanggol arah Selatan di Perak sambil membangkitkan isu itu.

"Tengok R&R ni. Ada gerai Melayu semua. Tak ada gerai Cina dan India langsung.

"Mereka nak makan apa? Semua orang guna R&R ni. Awak rasa orang Cina makan pedas macam orang Melayu buat? Awak rasa orang India makan daging lembu ke?" katanya.

Lelaki itu mengakhiri video dengan menggesa pihak pengurusan R&R untuk menambah gerai makanan Cina dan India.

SAYS.com
Image via Facebook

Orang ramai pelbagai bangsa memaklumkan tidak mempunyai isu dengan perkara tersebut

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata netizen dari pelbagai kaum berpendapat ia bukanlah suatu isu kerana rakyat Malaysia dari semua kaum sebenarnya boleh menikmati makanan Melayu.

"Jangan risau. Kami orang Cina boleh makan nasi kandar dan nasi ayam," tulis komen teratas.

"Tak apa, kami orang Cina makanan apa pun suka, saya pun suka makanan Melayu, nasi lemak, bihun soto, lontong, ayam penyet. Saya suka makan ayam rendang. Setiap pagi, saya selalu beli nasi lemak dari kawan Melayu saya," tulis seorang pengguna Facebook.

Seorang lagi menambah, "Ada je bangsa lain yang meniaga kat R&R tu. Mungkin dia tidak pernah singgah ke sana. Tinggal dalam gua ke?"

Beberapa pengguna Facebook yang lain turut berkongsi restoran makanan segera adalah perkara biasa di R&R di mana ia menawarkan lebih banyak pilihan untuk semua orang.

Walau bagaimanapun, beberapa netizen menyatakan bahawa individu yang vegetarian mungkin sukar untuk mencari makanan di R&R sambil menggesa pihak pengurusan untuk menawarkan pilihan yang lebih inklusif.

SAYS.com
Image via Facebook

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: