[VIDEO] Kongsi Tips Minta Suami Beli Barang Dengan Print Kertas Penuh Gambar Barang Rumah
Ini memang berguna!
Cover image via @ananoorhana (TikTok)Kalau nak beli barang rumah, sudah semestinya yang diberi tanggungjawab itu adalah kepada wanita
Iyalah, ramai lelaki yang tidak tahu dan kenal pun barang-barang tersebut. Kadang-kadang nak suruh beli pun takut barang lain yang dibelinya.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi tips minta lelaki beli barang telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Print kertas penuh gambar barang rumah jadi rujukan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ananoorhana di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam suaminya yang sedang membeli barang-barang rumah di bahagian ubat gigi.
Apa yang mencuit hati adalah suaminya dilihat membuka kertas putih yang dipenuhi dengan gambar-gambar barang rumah seperti oat, minyak masak dan sebagainya.
Dalam video itu juga, dapat dilihat lelaki tersebut mudah membeli barang-barang berkenaan selepas merujuk kertas itu.
Image via @ananoorhana (TikTok)
Image via @ananoorhana (TikTok)
"Tak muat kertas lukisan boleh beli kertas mahjong, buat perbentangan" – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.5M views, 95.2K likes dan 4,663 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga yang mengatakan mereka akan menggunakan cara tersebut kepada suami mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ananoorhana (TikTok)
Image via @ananoorhana (TikTok)
Image via @ananoorhana (TikTok)
Image via @ananoorhana (TikTok)
Image via @ananoorhana (TikTok)
Image via @ananoorhana (TikTok)
Image via @ananoorhana (TikTok)
Nanti para isteri boleh lah cuba tips ini. Simple dan mudah sekali! 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

