[VIDEO] Kanak-Kanak Ini Nangis Teresak-Esak Dengar Berita Pemergian Abam Bocey. Sedihnya..

Memang sampai merah muka sebab menangis. Allahu, kesian pula tengok video ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Twitter @zrfhmz
Logo

Hari ini, 10 Februari 2020, rakyat Malaysia digemparkan dengan satu lagi berita menyayat hati di mana seorang pelawak terkenal iaitu Abam Bocey telah pergi buat selamanya

Arwah Abam Bocey

Image via ISMAWeb

Arwah Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, disahkan telah meninggalkan dunia awal pagi tadi dipercayai akibat demam panas. Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Gombak.

Kehilangan arwah amat memberi kesan kepada rakan-rakan artis yang lain termasuklah dua ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey

Ahli kumpulan Bochey.

Image via Google

Pemergian arwah telah menyentuh hati ramai rakan-rakan artis serta ahli keluarga terdekat dan masih tidak menyangka bahawa arwah akan pergi pada umur yang masih muda.

Bukan setakat rakan-rakan artis, peminat cilik ini turut terkesan dengan kehilangan pelawak terkenal, Abam Bocey sehingga menangis teresak-esak ketika pulang dari sekolah

Sebuah video telah dikongsikan di laman Twitter @zrfhmz menunjukkan adik saudaranya menangis seteruk-teruknya setelah mendengar berita kehilangan Abam Bocey.

Lihat klip video berdurasi 34 saat itu di bawah:

Ini pula reaksi warganet setelah menonton video tersebut:

Image via Twitter

Al-Fatihah. Semoga arwah Abam Bocey ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin YRA…

Image via NST

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selamat malam, Abam Bocey 🙁

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: