[VIDEO] Kami Rasa Video CNY Ini Mungkin Yang Paling Unik Di YouTube

Jujur kami cakap, video sebegini tidak pernah dihasilkan sebelum ini. Kreatif dan menarik!

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS.com
Logo

Lagu terbaru Tahun Baru Cina nyanyian beberapa bintang Ceria Popstar bersama artis-artis Astro Ben Di Quan ini membawa sambutan perayaan tersebut ke tahap terbaru

Image via null

Berjudul Ceria Xi Yang Yang, lirik lagu ini ditulis dan dinyanyikan dalam Bahasa Melayu. Rasanya, tidak pernah ada lagi lagu Tahun Baru Cina yang ditulis dalam bahasa selain Bahasa Cina sebelum ini.

Image via null

Bukan setakat Bahasa Melayu, liriknya turut digabungkan dengan Bahasa Mandarin pada bahagian korus dan juga beberapa bahagian lain, menjadikannya lebih bersifat majmuk

Image via null

Selain itu, ia turut diselitkan dengan sedikit eleman 'rap' pada pertengahan lagu

Image via null

Apa yang menarik tentang klip video lagu ini ialah, ia jelas memaparkan budaya rakyat Malaysia yang sering kunjung-mengunjung serta ziarah-menziarahi…

Image via null

… perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain terutama kepada yang lebih tua…

Image via null

… nilai kebersamaan, perpaduan dan keharmonian hidup sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa…

Image via null

… dan juga nilai kegembiraan yang dikongsi bersama seluruh masyarakat ketika perayaan diadakan.

Image via null

Bukankah nilai-nilai ini yang kita rakyat Malaysia mahukan? Saksikan klip video penuh lagu Ceria Xi Yang Yang yang sangat menarik ini di bawah. Selamat menonton!

JUGA DI SAYS: [SHARE] Bagaimana Cikgu SMK La Salle Ini Tersenarai Sebagai 50 Guru Terbaik Di Dunia