[VIDEO] “Jangan Bangga Jadi Gemuk” – Abang Palabola Tegur TikToker Megah Dengan Kegemukan

Setuju 100%!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @solehan (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pencipta kandungan digital, Solehan baru-baru ini berkongsi peringatan supaya individu lebih berat badan tidak berbangga dengan keadaan fizikal mereka

Menerusi video perkongsiannya di TikTok, dia mengeluarkan peringatan tersebut selepas melihat terdapat content creator yang mengeluarkan kenyataan seakan-akan berbangga dengan keadaan fizikal berat badan berlebihan.

"Tadi lalu satu content creator dekat aku punya FYP, yang mana dia tu gemuk lepas tu dia bangga dengan kegemukan dia dan bila orang kata dekat dia dia cakap gemuk tu bukan sebab makan banyak ada macam-macam faktor lagi.

"Bagi aku, sebab aku pun tengah gemuk ni, tapi ada beza orang yang gemuk dan dia berusaha untuk keluar daripada kegemukan tu dan orang yang gemuk tapi dia takde usaha langsung untuk keluar daripada kegemukan tu.

"Kalau hang gemuk, memang tak okay, tapi paling kurang hang kena rasa bersalah dengan diri hang, hang kena rasa macam aku kena ubah, walaupun hang tak buat tapi hang kena rasa benda tu, hang tak boleh selesa dengan diri hang," katanya.

Image via TikTok

Berat badan berlebihan adalah pilihan bukannya tidak sengaja

Tambahnya, dia mengingatkan bahawa menjadi gemuk adalah satu pillihan di samping mempunyai berat badan yang berlebihan adalah sesuatu perkara yang boleh diubah.

"Bila hang rasa selesa dah dalam diri hang, hang jadi gemuk hang akan terus jadi gemuk dan hang takkan ada usaha untuk kurus, hang akan semakin teruk dan mungkin akan dapat penyakit lepastu hang akan menyusahkan semua orang kat sekeliling hang.

"Jadi gemuk tu salah, memang salah, tak kiralah apa alasan hang, aku pun akui benda ni salah sebab aku pun tengah gemuk, dia adalah pilihan dia bukan tak sengaja.

"Atleast hang jangan rasa selesa dengan zon hang tu, hang kena ada usaha juga untuk kurus, orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih," ujarnya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: