[VIDEO] Insiden Pesawat Hornet TUDM, Kedua-Dua Juruterbang & Pembantu Dilaporkan Selamat
Difahamkan, kemalangan tersebut membabitkan pesawat TUDM F/A-18D Hornet.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan dilaporkan selamat dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Menerusi laporan Harian Metro, mangsa telah dibawa dengan Ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAA untuk menerima rawatan lanjut.
Beberapa anggota tentera turut didapati berada di hospital memantau keadaan anggota terbabit.
Walau bagaimanapun, identiti dan status anggota berkenaan belum diketahui.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9.05 malam tadi
Bahagian Perhubungan Awam TUDM memaklumkan kemalangan tersebut membabitkan pesawat F/A-18D Hornet yang terjadi pada jam 9.05 malam semalam.
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan, kemalangan difahamkan berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa mengenai insiden kemalangan berkenaan.
Lihat video insiden terbabit di bawah:
Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terbabit dengan kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini, hari ini. pic.twitter.com/zIoJTTaMJ6
— Berita Harian (@bharianmy) August 21, 2025
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 