“Tolong Report Iklan Bodoh Ni!” – Netizen Bengang Video Nizam Rahman Umpama Hina Perempuan
"Seronok hina perempuan?"- Netizen.
Cover image via Nizam Rahman/FacebookSebut saja nama Nizam Rahman, pasti kebanyakan pengguna tegar media sosial Facebook dan Instagram sudah sedia mengenalinya
Dia yang terkenal dengan video-video lawak yang sering viral itu mempunyai beratus ribu pengikut di laman Instagram dan juga Facebook.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui, Nizam juga seringkali membuat *review* produk berbayar di akaun media sosialnya dengan menggunakan konsep video yang berunsur *humour*.
Image via malaymail online
Bagaimanapun, baru-baru ini dia telah dikecam oleh netizen oleh kerana satu video yang dimuatnaiknya dikatakan tidak senonoh kerana penuh dengan unsur lucah
Di dalam video tersebut, Nizam membawakan watak seorang 'wanita' yang kelihatan sedang berjalan dalam penuh gaya seksi dan menggoda.
Kemudian datang seorang lelaki dengan kereta mewah cuba mengoratnya namun hampa setelah mendapati payudara 'wanita' itu kecil.
Di sinilah segala babak-babak lucah itu bermula apabila 'wanita' terbabit mengambil satu produk untuk menjadikan payudaranya bersaiz lebih besar.
Image via Nizam Rahman/Facebook
Bukan setakat babak saja, malah penggunaan perkataan di dalam video tersebut juga boleh dikatakan sangat kurang enak didengar
Contohnya seperti dialog di bawah:
*"Kau siap kau lepas ni kau datang carwash aku kau mesti meleleh air liur kau tengok aku punya tetek!"*
Kemudian lelaki itu sambil melakukan aksi gersang berkata: *"Ini bukan perempuan hari tu ke? Eh beso siot tetek dia, oh my god!"*
Image via Nizam Rahman/Facebook
Bukan setakat itu, video itu juga diibaratkan seperti cuba menghina agama dengan merendah-rendahkan maruah kaum wanita
Malah, ia seolah-olah mewujudkan persepsi kononnya dengan memiliki payudara besar akan menarik pehatian lelaki, walhal ia sekadar mendorong nafsu untuk melakukan maksiat.
Rata-rata netizen berasa bengang dan marah dengan video tersebut. Pelbagai kata-kata negatif telah dilemparkan.
1. "Report iklan bodoh ni"
Image via Nizam Rahman/Facebook
2. "Maruah wanita dipermainkan"
Image via Nizam Rahman/Facebook
3. "Apa yang cuba disampaikan?"
Image via Nizam Rahman/Facebook
4. "Sebagai wanita saya malu"
Image via Nizam Rahman/Facebook
5. "Makin bodoh si Nizam ni"
Image via Nizam Rahman/Facebook
6. "Niat tak menghalalkan cara"
Image via Nizam Rahman/Facebook
7. "Seronok hina perempuan?"
Image via Nizam Rahman/Facebook


