[VIDEO] Idea Luar Kotak, Sekolah Ini Siap Buat Sesi Ice Breaking Dengan Mak Cik Kantin
Wah, semua sekali dia perkenalkan.
Cover image via @ckzlinazali (TikTok)Seperti umum tahu, sesi persekolahan baru saja bermula beberapa hari lepas
Apa yang lebih menarik perhatian adalah bagi murid tahun 1 yang baru memulakan sesi persekolahan mereka bagi sesi akademik tahun 2023/2024.
Kebiasaannya, sesi perkenalan sesama murid di dalam kelas itu adalah perlu bagi mengetahui nama dan latar belakang masing-masing.
Namun, berbeza pula dengan sebuah sekolah ini apabila mereka membuat sesi berkenalan bersama mak cik-mak cik kantin telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap pegang sepanduk perkenalkan nama masing-masing
Menerusi video tersebut, kelihatan sekolah itu sedang mengadakan sesi suai kenal bersama mak cik-mak cik kantin sekolah kepada murid-murid.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara mereka memperkenalkan diri masing-masing dengan memegang sepanduk yang bertulis nama mereka.
Malah, seorang demi seorang dilihat datang ke hadapan menunjukkan diri mereka.
Image via @ckzlinazali (TikTok)
"Bagus macam ni saya sampai dah habis sekolah. Tak tahu nama acik kantin" – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji dan memberikan pelbagai reaksi mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 390.8K views, 20.8K likes dan 1,372 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @ckzlinazali (TikTok)
Image via @ckzlinazali (TikTok)
Image via @ckzlinazali (TikTok)
Image via @ckzlinazali (TikTok)
Image via @ckzlinazali (TikTok)
Image via @ckzlinazali (TikTok)
Kita ni sampai kesudah tak tahu nama mak cik kantin sekolah 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


