[VIDEO] Ibu Tunjal Kepala & Pukul Anak Di Dobi Kini Ditahan Polis Bagi Bantu Siasatan

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 3 petang, 16 April lalu.

Cover ImageCover image via @BuletinTV3 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita ditahan pihak polis selepas video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatan terhadapnya tular dalam media sosial

Menerusi laporan Berita Harian, wanita berusia 45 tahun itu telah memukul anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah kedai dobi di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata pihaknya menerima laporan pada 20 April, jam 7.27 malam.

Difahamkan,  kejadian berlaku pada 16 April, jam 3 petang.

Image via @BuletinTV3 (X)

Mangsa dipukul kerana berlari di hadapan premis dobi waktu teman ibunya

Hasil daripada siasatan polis mendapati mangsa mengalami cedera ringan di dahi akibat daripada dimarahi dan dipukul kerana berlari di hadapan premis dobi sewaktu menemani ibunya.

"Kita menerima laporan satu video kejadian pukul yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita memarahi dan memukul anak perempuannya itu.

"Wanita berusia 45 tahun memarahi dan memukul anaknya kerana bimbangkan keselamatan anaknya yang berlari-lari di depan kedai dobi terbabit yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya dilanggar kenderaan," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Bagaimanapun, mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar dan kini berada di bawah jagaan bapanya.

Dalam pada itu, pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: