[VIDEO] Ibu Bapa Terkilan, Kepala Anak Luka Gara-Gara Guru Didakwa Baling Kotak Pensel

Teruk juga tu.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak cedera didakwa terkena kotak pensel yang dibaling gurunya

Menerusi video yang dimuat naik oleh Caprice, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut meluahkan rasa terkilan dan kesal atas apa yang terjadi kepada anak mereka itu kerana ia dianggap melampau dan berlebihan.

Bapa kanak-kanak itu menunjukkan kesan berlubang di kepala anaknya selepas kejadian yang dipercayai berlaku di sekolahnya.

Tak kisah nak hukum, tapi kena fikir masa depan budak juga

"Kalau kena mata tak ke boleh buta? Kena fikir juga masa depan dia. Mungkin budak ni tak mahu ke sekolah dah lepas ni, jadi masalah juga. Kita tak kisah nak hukum, tapi sampai pecah kepala macam ni?" kata ibu bapanya.

Dalam pada itu, Caprice yang memuat naik semula video di akaun Instagramnya juga berpendapat bahawa itu bukan cara yang betul untuk mendidik pelajar.

"Ni bukan cara nak didik," katanya.

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: