[VIDEO] Hasilkan ‘Web-Shooter’ Sendiri, Kreativiti Adik Ini Terima Pujian Netizen
Andrew Garfield pun tak reti buat dik.
Cover image via @abangis47 (TikTok)Spider-Man merupakan watak kartun adiwira kegemaran kanak-kanak sejak dulu lagi
Siapa saja yang tidak kenal dengan Spider-Man? Adiwira daripada Marvel itu telah menjadi kegemaran ramai, tidak kiralah kanak-kanak mahupun dewasa.
Selain itu, benda yang popular dalam kalangan peminat Spider-Man juga adalah web-shooter, sebuah alat penembak web yang digunakan Spider-Man.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang budak lelaki menunjukkan web-shooter yang telah dibuatnya sendiri.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hanya menggunakan barang-barang di sekelilingnya
Menerusi video berkenaan, budak lelaki itu menunjukkan tutorial membuat web-shooter tersebut.
Apa yang menarik adalah budak lelaki itu hanya menggunakan barang-barang di sekelilingnya seperti topeng muka dan pen marker untuk menghasilkan web-shooter berkenaan.
Image via @abangis47 (TikTok)
"Thanks, boleh jadi Spider-Man lepas ni" – Netizen
Susulan tularnya video tersebut, ianya telah meraih sehingga 1.4 M views, 3,284 shares dan 70.9K likes di TikTok.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menujukkan sokongan dan pujian terhadap budak berkenaan di atas kreativitinya itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @abangis47 (TikTok)
Image via @abangis47 (TikTok)
Image via @abangis47 (TikTok)


