Signboard ‘No Pork, No Lard’ Tidak Dibenarkan Diguna Oleh Premis Bukan Pemegang Sijil Halal – JAIS
Menurut JAIS, penggunaan 'Muslim Friendly' dan 'No Pork No Lard' oleh bukan pemegang sijil halal adalah dianggap mengelirukan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan penggunaan terma 'Muslim Friendly' dan 'No Pork No Lard' sama sekali tidak dibenarkan digunakan premis tiada sijil halal
Menerusi video penerangan perkongsian organisasi itu di Facebook, JAIS memaklumkan hanya premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sahaja yang boleh menggunakan istilah terbabit.
"Istilah-istilah ini memberi gambaran seolah-olah makanan ataupun perkhidmatan itu telah mengikut piawaian halal.
"Sedangkan, tanpa sijil halal sah daripada pihak berkuasa, tiada jaminan bahawa produk ataupun perkhidmatan ini mengikut keperluan halal termasuk dari segi aspek bahan mentah, pemprosesan dan juga kebersihan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via True BlueTertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 melarang menggunakan istilah atau label yang mengelirukan
Tambah organisasi itu lagi, hanya pemegang SPHM sahaja boleh menggunakan istilah tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pengguna beragama Islam.
"Di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, penggunaan istilah yang mengelirukan seperti ayat al-Quran dan perkataan berkaitan Islam adalah satu kesalahan.
"Penggunaan 'Muslim friendly', 'no lard' oleh bukan pemegang sijil halal adalah dianggap mengelirukan dan merupakan satu kesalahan di bawah akta.
"Istilah 'No pork no lard' hanya menekankan ketiadaan khinzir di dalam satu produk atau makanan, tetapi tidak menekankan bahan-bahan lain seperti alkohol, pencemaran silang ataupun gelatin tidak halal," katanya.
Lihat video penerangan tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 